Monday, October 11, 2010

KURSUS GURU PENDIDIKAN ISLAM

KURSUS TAHSIN AL-QURAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2010
SIRI 2- DAERAH JERANTUT

TARIKH: 19 DAN 20 OKTOBER 2010 ( SELASA-RABU)
TEMPAT: PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT

KURSUS GURU PENDIDIKAN ISLAM

KURSUS MOTIVASI GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM 
DAERAH JERANTUT   TAHUN 2010

TARIKH: 18 OKTOBER 2010 (ISNIN)
MASA: 7.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

TEMPAT: DEWAN SMKA TAHAP

Thursday, October 7, 2010

Pengetua Baru SMKSR

Saya bagi pihak panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan selamat bertukar ke sekolah baru kepada Tuan Haji Bakri bin Mohd Salim..jasa tuan sepanjang berada di sekolah ini amat kami hargai.

Selamat Datang, dengan berbesar hati kami dengan penuh rasa gembira menyambut kedatangan pengetua baru..walaupun ini pengalaman pertama bagi kami berada dibawah kepimpinan wanita...dengan harapan kecemerlangan dan segala apa yang baik dapat diteruskan dan segala yang kurang dapat diperbaiki dan diperkemaskan, insyaallah. Ahlan wa sahlan.. Puan Rahana bt Abd. Malik.

Majlis Khatam Al-Quran 2010







Tuesday, March 23, 2010

Program Solat Hajat & Bacaan Yasin

Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat yang diadakan pada setiap pagi jumaat awal bulan. Program ini disertai oleh semua pelajar dan guru SMK Sungai Retang. Bertempat di Surau SMKSR





Tuesday, March 2, 2010

Majlis Ihtifal Maulidurrasul 1431H/2010M SMKSR

Majlis Ihtifal Maulidurrasul 1431H/2010M SMKSR


Salah seorang pelajar sedang mendeklamasikan sajak..

Maulidurrasul 2010


Menarik..terpegun

Maulidurrasul 2010

Sebahagian pelajar terhibur menyaksikan persembahan deklamasi sajak

Majlis Ihtifal Maulidurrasul 1431H/2010M SMKSR (1 Mac 2010)

Tentatif Program

10.45pagi-Guru & Pelajar mengambil tempat
11.00pagi-Selawat-dipimpin oleh Ustaz Hapizu Awang
11.15pagi-Bacaan Al-Quran & Terjemahan oleh pelajar
-Persembahan Nasyid
-Deklamasi Sajak
-Persembahan Multimedia

12.00tgh -Ceramah Maulidurrasul Oleh AlFadhil Ustaz Rujhan Mohd Razali

02.00ptg -Penyampaian Hadiah & Cenderahati
02.30 ptg -Solat Zohor Berjemaah
02.45 ptg -Bersurai

Friday, February 12, 2010

sejarah negeri pahang?

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Wednesday, January 6, 2010

KALIMAH ALLAH & SYARIAT ALLAH

1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :
"Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya. (Surah al Ikhlas : 1-4)

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt:"dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak." (Surah Maryam : 88 - 91)

"Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt." (Surah Al An'am : 19)

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran:
"dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran." (Surah al Ankabut : 61)

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu .

Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun .

Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita .

Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam .

Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia .

Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara.

Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak .

petikan Harakahdaily.net

Selamat datang diucapkan kepada 2 orang Guru Pendidikan Islam yang baru memulakan tugas di SMK Sungai Retang mulai Januari 2010 iaitu Ustaz Abu Zahid dari SMK Bandar Pusat Jengka dan Ustazah Azizah yang bertukar dari SMK Labuan .
Alhamdulillah lengkaplah kuota guru pen.islam smksr setelah 3 tahun kekurangan guru agama. InsyaAllah dengan kehadiran ustaz/ustazah akan dapat membantu Pembangunan dakwah dan kurikulum SMKSR dengan lebih cemerlang...

Juga tak lupa selamat bertugas ditempat baru buat ustazah Jamaliah yang bertukar dekat dengan keluarga..Jasamu dikenang.